Jika anda banyak labu di rumah dan tidak tahu nak masak apa selain masak lemak labu, korang boleh cuba resepi cucur labu ini pulak. Cucur labu ini ala-ala kuih manis kaum cina, rasanya manis dan berlemak. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Iman Hasanah Musa di Cookpad.

PENULIS

najahnurul

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

20 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

CUCUR LABU GLUTEN FREE

Jika anda banyak labu di rumah dan tidak tahu nak masak apa selain masak lemak labu, korang boleh cuba resepi cucur labu ini pulak. Cucur labu ini ala-ala kuih manis kaum cina, rasanya manis dan berlemak. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Iman Hasanah Musa di Cookpad.

BAHAN-BAHAN
BAHAN A (CUCUR LABU)
  • 1/2 biji labu (rebus dan lenyek)

  • 2 cawan tepung beras

  • 1/3 cawan tepung ubi kayu

  • Garam

BAHAN B (SIRA GULA)
  • Air panas

  • 4-5 sudu makan gula organik

CARA PENYEDIAAN
  • Labu dibuang kulit dan direbus. Kemudian dilenyek dan biarkannya sejuk.

  • Kemudian tambah tepung beras dan gula. Letakkan minyak di tapak tangan, ambil sedikit doh dan bulatkan. Kemudian boleh digoreng.

  • Biarkan cucur labu sejuk sekejap. Masukkan gula organik dan air panas.

  • Sebatikan gula dengan cucur dan siap boleh dimakan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.