Pasti ramai dah biasa buat garlic bread kan? Kali ini jom cuba resepi cheesy garlic bread pula.
Cara penyediaanya sama seperti yang kita biasa buat, tetapi resipi ini sedikit berbeza kerana adanya penggunaan keju.
Seperti yang anda sedia maklum, apa-apa masakan yang diletakkan keju pasti akan disukai ramai.
Jadi buat penggemar keju, anda wajib cuba resipi roti ini untuk sarapan pagi. Sekali cuba pasti akan repeat lagi!
Baca juga: Hilang 32KG, Wanita Kongsi 8 Idea Menu Diet Yang Berasaskan Roti
RESEPI CHEESY GARLIC BREAD
Bahan-bahan:
- Roti keping
- Bawang putih
- Lada hitam
- Mentega
- Daun parsley
- Cheese
Cara-cara memasak:
1. Tumbuk bawang putih dan lada hitam sehingga lumat.
2. Kemudian tambah mentega, boleh pilih apa-apa jenama yang anda sukai. Gaul sehingga sebati.
3. Seterusnya tambahkan daun parsley secukupnya. Gaul lagi sehingga semuanya bercampur rata.
4. Potong roti kepada dua bahagian. Kemudian sapukan bahan-bahan yang sudah ditumbuk dan digaulkan sebati tadi pada roti sehingga tersepu rata pada kesemua bahagian.
5. Panggang atas kuali leper menggunakan api perlahan.
6. Taburkan cheese ke atas roti. Kemudian tutup dengan roti tanpa cheese ke atasnya.
7. Pastilah kedua-dua belah roti garing dan sedikit perang sebelum diangkat.
8. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: TikTok Ash&Wife
Baca juga: Roti Asyik Tak Habis, Buat Roti Telur Berhantu Macam Ni Confirm Laku!