resepi char kway teow

Sering pesan di kedai makan saja, kali ini kami nak ajak anda untuk cuba masak resepi Char Kway Teow yang sungguh sedap dan pasti memuaskan.

Resepi Char Kway Teow ini dikongsikan oleh Liza Idris di Facebook yang hasil kuahnya sangat pekat dan memikat selera. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara Masak Kuey Teow Kungfu Di Rumah, Dapat Hasil Kuah Yang Pekat Elok!

RESEPI CHAR KWAY TEOW

resepi char kway teow

Bahan-bahan kuah (anggaran lebih 10 pinggan):

  • 10 hingga 15 ekor udang
  • 2 biji bawang besar (saiz sederhana)
  • 7 ulas bawang putih
  • 4 sudu besar cili kering kisar
  • 1½ kiub pati ikan bilis
  • 10 sudu besar kicap biasa
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar petis udang
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 2 sudu besar gula
  • Sedikit garam (jika perlu)

Bahan-bahan menggoreng:

  • 1 paket kway teow halus
  • Telur
  • Tauge
  • Daun kucai

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, kisar bawang besar dan bawang putih, kemudian simpan dulu jangan guna lagi.

2. Campurkan saki baki bawang dalam mesin pengisar dengan air, kocak dan tuang dalam periuk, kemudian didihkan bersama 5 cawan air.

3. Selepas itu, rebus udang dalam 5 hingga 10 minit dan angkat udang yang sudah direbus, kemudian ketepikan air rebusan udang terlebih dahulu.

4. Asingkan bahagian kepala udang yang sudah direbus dan kisar bersama sedikit air rebusan tadi (saya ambil 10 ekor kepala udang).

5. Tapis untuk dapat pati udang sejati dan campurkan pati udang ke dalam air rebusan itu semula, kemudian ketepikanterlebih dahulu.

6. Bagi menyediakan kuah, panaskan minyak masak dan tumis bawang kisar.

7. Setelah naik bau, masuk cili kering kisar dan kacau sebati sampai pecah minyak.

resepi char kway teow

8. Seterusnya, masuk pula kicap biasa dan kacau lagi.

9. Kemudian, letak pula sos tiram bersama sos tomato dan kacau lagi sekali.

10. Setelah pecah minyak elok, tuang saja air rebusan udang dan wajib kacau.

11. Letak pati ikan bilis, sos ikan, gula dan garam (jika perlu).

12. Akhir sekali, masukkan petis udang supaya rasa lebih memikat dan biarkan kuah sejuk dalam bekas.

13. Bagi menggoreng char kway teow (dalam masa 3 minit saja, kena laju), panaskan minyak masak dalam 4 sudu dan masukkan 2 ekor udang yang sudah direbus tadi, kemudian laraskan api paling kuat.

14. Simbah 4 senduk saiz sederhana kuah char kway teow (kena pandai selaraskan ikut saiz senduk, hati-hati api naik tinggi tapi dapat rasa pengalaman menggoreng seperti di kedai makan).

15. Masukkan segenggam kway teow, tauge dan daun kucai, kemudian pecahkan sebiji telur dalam kuali dan perlahankan api. Kacau telur sekejap saja dan tutup api. Siap untuk dihidang!

Jarang dapat makan hidangan berkuah pekat di kedai makan tapi dengan resepi Char Kway Teow ini, anda dapat nikmatinya dengan lebih puas hati.

Selamat mencuba!

Sumber: Liza Idris

Baca juga: Kuey Teow Ladna Dengan 4 Langkah Mudah, Sampai Kecur Air Liur Dibuatnya!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN