Kalau korang tak rasa nak makan yang berat-berat nak sesuatu yang menyegarkan dan menyelerakan boleh cuba buat resepi cendawan busut tumis air. Sekali makan terus naikkan selera, resepi ini juga sesuai untuk orang yang tengah demam dan juga dalam pantang. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Zieta Ali di Cookpad.

PENULIS

najahnurul

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

15 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

CENDAWAN BUSUT TUMIS AIR

Kalau korang tak rasa nak makan yang berat-berat nak sesuatu yang menyegarkan dan menyelerakan boleh cuba buat resepi cendawan busut tumis air. Sekali makan terus naikkan selera, resepi ini juga sesuai untuk orang yang tengah demam dan juga dalam pantang. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Zieta Ali di Cookpad.

BAHAN-BAHAN
  • 500 gm cendawan busut

  • 1 biji bawang merah dihiris

  • 2 ulas bawang putih dihiris

  • 1 biji cili merah dihiris

  • 1/2 sdk serbuk lada hitam

  • 1 sdk garam dan serbuk perasa Hilal

Kredit: Zieta Ali

CARA PENYEDIAAN
  • Bersihkan cendawan. Kikiskan bahagian-bahagian hitam di cendawan sehingga bersih. Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris sehingga naik bau wangi.

  • Masukkan cendawan, garam, serbuk lada hitam serta serbuk perasa Hilal. Kemudian masukkan air mengikut banyak mana kuah yang kita nak. Tunggu sehingga cendawan empuk dan dah siap.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.