resepi butter prawn

Resepi butter prawn rupanya sangat mudah jika ingin buat sendiri di rumah. Menu ini menjadi kegemaran ramai dan sering dipesan di kedai makan.

Jika ada yang ingin mencuba, boleh lihat resipi yang dikongsikan oleh Puan Suzana Othman di bawah. Sesuai untuk mereka yang pertama kali nak masak.

Baca juga: Cara Simpan Udang Siap Kupas, Bila Nak Masak Tetap Segar & Kenyal

RESEPI BUTTER PRAWN CHEEZY

Bahan-bahan:

  • 1 kg udang, dibersihkan
  • Garam
  • Serbuk kunyit
  • Satu senduk tepung Bestari
  • Sedikit air
  • Minyak untuk menggoreng

Cara memasak udang:

1. Taburkan garam dan serbuk kunyit pada udang. Tambahkan satu senduk tepung Bestari dan sedikit air. Gaul rata.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng udang hingga masak. Toskan dan ketepikan.

Nota: Jangan terlebih masak. Udang yang dimasak sempurna berbentuk C (cooked). Jika udang berbentuk O, itu bermaksud ia overcooked.

resepi butter prawn

Bahan-bahan untuk sos keju berkrim:

  • 4 ulas bawang putih, dicincang
  • 4 tangkai daun kari
  • Cili api, ikut kepedasan, dipotong
  • Butter
  • 1 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu kecil serbuk pati ayam
  • 4 keping keju (tiada dalam gambar)

Cara memasak sos:

1. Panaskan minyak dan butter. Tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan daun kari dan cili api.
2. Masukkan susu cair, serbuk lada sulah, gula, dan serbuk pati ayam. Tidak perlu tambah garam.
3. Masukkan kepingan keju (gunakan jenama Emborg).


4. Apabila sos menggelegak, masukkan udang. Gaulkan udang hingga sebati dengan sos tadi. Tutup api dan ketepikan.

resepi butter prawn

Bahan-bahan untuk telur sarang:

  • 4 kuning telur
  • Minyak
  • Setengah biji butter

Cara memasak telur sarang:

1. Dalam mangkuk lain, pukul 4 kuning telur.
2. Panaskan minyak dan setengah biji butter dalam kuali. Bila minyak cukup panas, perlahankan api. Gunakan senduk seperti dalam gambar.
3. Angkat mangkuk tinggi-tinggi, tuangkan telur perlahan-lahan kemudian kacau dengan laju membentuk bulatan. Kacau laju-laju untuk mendapatkan jerami telur yang halus.


4. Masak sebentar hingga minyak berbuih. Tutup api.
5. Tuangkan telur ke dalam penapis besi. Boleh juga gunakan penapis santan yang besi. Tekan telur menggunakan senduk tadi untuk menurunkan minyak ke bawah.


6. Toskan dengan tisu dapur untuk menyerap minyak yang berbaki.

Cara penyediaan:

1. Masukkan udang dalam pinggan.
2. Taburkan telur jerami di atasnya.
3. Sedia untuk disajikan.

resepi butter prawn

Kredit resipi dan gambar: Suzana Othman

Baca juga: Resipi Udang Masak Merah Madu, Makan Dengan Nasi Minyak Memang Ngam!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN