Bubur wadai kepeng merupakan pencuci mulut yang terkenal dalam kalangan masyarakat Banjar. Sesuai disajikan sebagai juadah minum petang. Menu ini juga cukup ringkas tapi sedap tak terkata.
Cara membuatnya menggunakan tepung pulut sebagai bahan utama. Kemudian, doh yang terhasil dari tepung tersebut akan dimasak bersama kuah santan yang lemak manis.
Kuih ini juga seakan kuih puteri mandi kerana cara penyediaannya yang hampir sama. Sesuai dihidangkan sejuk atau panas-panas. Jika ada yang teringin mahu mencubanya, boleh ikuti resipi yang telah dikongsikan oleh Puan Rafidah Abdul Halim di bawah.
Baca juga: Cara Masak NASI GAUL Orang Banjar Yang Makin Pupus, Sedap Rupanya!
RESEPI BUBUR WADAI KEPENG
Bahan A:
- Tepung pulut
- Garam sikit
- Air secukupnya
Cara-cara:
1. Satukan tepung dan pulut ke dalam bekas. Tuangkan air sedikit demi sedikit sambil uli doh dan sehingga doh tidak melekat pada tangan.
2. Cubit sedikit doh dan bulat-bulatkan. Kemudian, tekan di bahagian tengah doh seperti dalam gambar.
Bahan B (kuah):
- Santan
- Gula merah/gula melaka
- Gula putih
- Garam sikit
- Daun pandan disimpul
Cara-cara:
1. Masukkan santan, gula merah, gula putih, sedikit garam dan daun pandan yang disimpul ke dalam periuk.
2. Kemudian masak menggunakan api perlahan.
3. Apabila kuah sudah agak panas dan berwap, boleh masukkan doh yang sudah dibentuk tadi.
4. Masak sehingga doh terapung atau timbul, ia bermakna wadai sudah masak.
5. Biarkan mendidih manja sekejap, kemudian boleh tutup api. Jangan sampai santan pecah minyak nanti tak sedap.
6. Sedia untuk menjamu selera, selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Rafidah Abdul Halim
Baca juga: 3 Jenis Kuih Banjar Yang Boleh Dicuba, Mempunyai Keunikan Rasa Tersendiri