resepi ayam madu bakar

Resepi ayam madu bakar ini sangat sedap untuk dimakan bersama pencicah atau sebagai hidangan dalam menu nasi ayam. Dengan rasa manis madu yang menyelaputi setiap gigitan ayam, hidangan ini pasti menjadi kegemaran seisi keluarga.

Proses penyediaan ayam bakar madu ini sangat mudah dan ringkas. Anda hanya perlu perap ayam dengan bahan-bahan asas yang mudah didapati, kemudian bakar menggunakan air fryer atau periuk ajaib

Selain itu, rahsia untuk mendapatkan ayam yang cantik, hitam, dan berkilat adalah dengan menambah kicap manis sebelum membakarnya. Ini bukan sahaja menambah kesedapan tetapi juga menjadikan ayam kelihatan lebih menarik. 

Nak cuba? Jom lihat resipi penuh di bawah.

Baca juga: Tip Masak Kari Ayam Guna Santan Kotak, Dijamin Pecah Minyak Elok!

RESEPI AYAM MADU BAKAR

resepi ayam madu bakar

1. Perapkan Ayam: Perap ayam bersama bahan-bahan berikut dan simpan dalam peti sejuk selama beberapa jam atau semalaman:

  • Bawang putih dan halia (ditumbuk atau dicincang)
  • Serbuk lada hitam
  • Garam dan gula
  • Sos tiram, kicap manis, dan madu
  • Minyak bijan atau minyak masak

2. Bakar Ayam:

  • Bakar dalam air fryer pada suhu 200°C selama 10 minit, kemudian balikkan ayam dan bakar lagi 10 minit. Jumlah masa bakar adalah 20 minit.
  • Alternatifnya, bakar dalam periuk ajaib selama kira-kira 20 minit.

3. Rahsia Kecantikan Ayam:

  • Untuk mendapatkan ayam yang cantik, hitam, dan berkilat, siram kicap manis sebelum membakar. Kicap yang dimasukkan awal semasa perapan akan berubah warna kelabu kerana bercampur dengan bahan-bahan lain.
  • Perap dengan minyak supaya ayam masak dengan juicy.

RESEPI PENCICICAH

Cara-caranya:

  1. Tumbuk kasar cili padi dan bawang putih.
  2. Masukkan cuka dan limau nipis.
  3. Tambahkan sos ikan (dah masin) dan gula putih atau gula kabung.
  4. Masukkan hirisan daun ketumbar.
  5. Gaulkan semua bahan sehingga sebati.
  6. Untuk mengurangkan rasa pedas cili, tambahkan gula supaya lebih manis.

Kredit resipi dan gambar: Noor Hafiza Mohamad

Baca juga: Kepak Ayam Goreng Pedas Chinese Style, Rangup Dan Pedasnya Serasi!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN