Bosan dengan ayam goreng kunyit biasa? Jom cuba resepi ayam berempah ini pula, rasa dijamin lebih padu dan lazat dari biasa!
Untuk menghasilkan ‘kerak’ yang banyak, ada petua yang perlu dilakukan. Semasa mengisar bahan-bahan perapan, pastikan jangan kisar sampai hancur.
Bagi menghasilkan ayam berempah yang lebih wangi pula, anda perlu taburkan daun kari ke dalam minyak semasa sedang menggoreng ayam.
Oleh itu, jika mahu belajar cara-cara lengkap memasaknya, mari ikuti resipi perkongsian oleh Nazri Mat Zain di bawah.
Baca juga: Resipi Ayam Masak Oren Chinese Style, Anak-Anak Makan Licin Sampai Ke Tulang!
RESEPI AYAM BEREMPAH
Bahan-bahan kisar:
- Ayam seekor potong 20 ketul (basuh bersih & ketepikan)
- Serai 5 batang (potong 1/2 setiap batang)
- Halia 2 inci
- Lengkuas 1 inci
- Bawang besar 2 biji
- Bawang putih 4 ulas
- Biji ketumbar 1 sudu besar
- Jintan manis 1 sudu besar
- Jintan putih 1 sudu besar
Bahan-bahan rempah:
- Rempah kari 1 pek kecil
- Serbuk cili 1 pek kecil
- Garam, ajinomoto, gula secukup rasa
- Tepung jagung 2 sudu besar
- Ayam sebiji
- Daun kari
Cara memasak:
1. Kisar semua bahan-bahan kisar kecuali ayam. Jangan kisar terlalu halus.
2. Kemudian tapi dan buangkan airnya.
3. Tuang bahan kisar yang ditapis ke dalam bekas yang berisi ayam.
4. Kemudian masukkan 1 peket kecil rempah kari dan 1 peket kecil serbuk cili.
5. Masukkan garam, ajinomoto dan gula secukup rasa.
6. Seterusnya, masukkan tepung jagung 2 sudu besar beserta sebiji telur ayam. Gaul sehingga bercampur rata.
7. Perapkan selama 1/2 jam. Selepas itu, gaul lagi dan sedia untuk digoreng di dalam minyak. Pastikan kuantiti minyak sehingga tenggelamkan ayam tersebut.
8. Bila ayam sudah hampir garing, masukkan daun kari. Agak-agak ayam dah masak, angkat bersama daun kari tersebut.
9. Ulang sehingga selesai menggoreng. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Nazri Mat Zain
Baca juga: Resipi Nasi Ayam Paling Mudah Nak Buat, Sama Sedap Macam Di Kedai