asam pedas rebus

Asam pedas rebus atau asam pedas utara adalah jenis kuah yang dimasak cair. Cuba bayangkan, masakannya ini ada rasa masam dan pedas!

‘Asam’ merujuk pada rasa masam yang diperolehi dari bahan seperti asam keping atau asam jawa. ‘Pedas’ pula datang dari rasa pedas yang diperoleh dari cili. Manakala ‘rebus’ bermaksud dimasak dengan cara merebus atau mendidih.

Masakan ini sangat sesuai dimakan dengan nasi panas, sambal belacan, telur masin dan ulam-ulaman. Jom cuba masak!

Baca juga: Resipi Asam Pedas Tanpa Daun Kesum & Bunga Kantan, Tapi Tetap Sedap Cukup Rasa

RESEPI ASAM PEDAS REBUS

Bahan-bahan kisar/tumbuk:

  • Cili kering 5 tangkai
  • Bawang merah
  • Bawang putih 2 ulas
  • Belacan
  • Jintan manis 1 sudu kecil
  • Biji ketumbar 1 sudu kecil
  • Cili padi hijau tak pedas
  • Kunyit hidup
  • Cili merah besar 1 biji

Bahan-bahan lain:

  • Ubi keledek
  • Kacang bendi
  • Asam keping
  • Daun kesum
  • Bunga kantan
  • Timun/buah kundur/labu air (jika suka)
  • Ikan (wajib ada)

Cara-cara:

1. Mula-mula masukkan bahan kisar ke dalam periuk dan diikuti dengan asam keping. Biarkan sehingga mendidih.

asam pedas rebus

2. Apabila sudah mendidih, masukkan pula ubi keledek dan masak sehingga empuk.

3. Jika ubi sudah empuk, masukkan ikan dan perasakan dengan bahan perasa, ajinomoto dan garam. Tak perlu letak ajinomoto jika tak suka.

4. Akhir sekali masukkan bendi dan daun kesum. Biarkan mendidih lagi selama 5 minit. 

asam pedas rebus

5. Boleh tutup api dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Zurida Hassan

Baca juga: Asam Pedas Daging Tetel ‘Gerenti’ Sedap, Sampai Menjilat Jari Dibuatnya!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN