Resepi apam ini paling senang dan bajet kerana hanya menggunakan bahan apa yang sudah biasa ada di dapur setiap rumah.
Antara bahan yang diperlukan adalah tepung gandum, mauripan, gula, garam, santan dan pewarna. Ringkas dan mudah bukan?
Walaupun guna bahan ringkas, hasil selepas apam dikukus juga sangat menawan kerana ia mengembang menjadi sangat gebu dan lembut.
Jika ada yang mahu mencubanya, boleh lihat resipi penuh seperti yang dikongsikan oleh Jejaka Brownie di bawah.
Baca juga: Apam Lenggang Lemak Manis & Rangup, Sedap Macam Orang Dulu-Dulu Buat
RESEPI APAM BAJET
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Tepung gandum 1kg
- Mauripan 11gm (1 paket)
- Gula 200gm (suka manis boleh lebihkan)
- Garam 1 sudu kecil
- Santan + air 5 cawan metrik (nak jimat lagi guna 100% air biasa)
- Pewarna (optional)
Langkah-langkah penyediaannya:
- Satukan semua bahan dan perap hingga kembang selama 30 minit hingga 1 jam.
- Sediakan acuan dan sapu permukaan acuan menggunakan minyak supaya tak melekat.
- Letakkan adunan ke dalam acuan dan kukus sehingga masak. Tempoh masak kukus selama lebih kyrang 10-15 minit.
- Siap. Sedia untuk dihidangkan.
Kredit resipi dan gambar: Jejaka Brownie
Baca juga: Resipi Apam Gula Hangus Kukus, Memang Jadi Gebu Elok & Selembut Kapas!
Baca juga: Resipi Apam Solo Inti Kacang Merah, Cantik Sangat Sayang Nak Makan!