Ais krim Llao Llao atau aiskrim froyo sangat popular dan memang sedap dimakan lagi-lagi bila tengah musim panas ni kan. Resepi kali ini rendah karbohidrat ya jadi sesuai untuk orang yang tengah diet. Topping ais krim yogurt ini boleh letak mengikut cita rasa dan kepuasan masing-masing. Boleh letak buah-buahan atau pun kekacang. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Min Sha di Cookpad!

PENULIS

najahnurul

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

AIS KRIM FROYO ALA-ALA ‘LLAO LLAO’

Ais krim Llao Llao atau aiskrim froyo sangat popular dan memang sedap dimakan lagi-lagi bila tengah musim panas ni kan. Resepi kali ini rendah karbohidrat ya jadi sesuai untuk orang yang tengah diet. Topping ais krim yogurt ini boleh letak mengikut cita rasa dan kepuasan masing-masing. Boleh letak buah-buahan atau pun kekacang. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Min Sha di Cookpad!

BAHAN-BAHAN FROYO
  • 1 bekas plain greek yogurt Lactel (470gram)

  • 5 sudu kecil double cream (25g)

  • 6 sudu kecil gula lakanto,  kisar halus seperti gula aising (30g)

BAHAN-BAHAN TOPPING
  • Biskut Lotus Biscoff , Chipsmore atau Smarties

  • Sos Biscoff, sirap coklat atau karamel

  • Strawberi, beri biru dan kiwi

Kredit: Min Sha

CARA PENYEDIAAN
  • Buka penutup yogurt, masukkan krim dan gula.

  • Kacau sehingga sebati.

  • Masukkan ke dalam zip lock atau piping bag bekas yang besar. Pastikan adunan leper atau nipis supaya cepat sejuk.

  • Masukkan ke dalam peti sejuk beku selama 30 min-1 jam (bergantung pada peti masing-masing).

  • Boleh juga masukkan bekas tadi terus ke dalam peti sejuk beku selama 3-4 jam atau sampai pepejal ikut tekstur yang anda suka.

  • Bila dah beku, potong hujung piping bag untuk keluarkan atau sudip terus dari bekas yogurt tadi.

  • Sedia untuk hidang dengan sos, biskut dan buah-buahan kegemaran.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.