Project Description

Bagaimana cara nak masak Talapia Pekasam Goreng Halia?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Talapia Pekasam Goreng Halia

Bagaimana cara nak masak Talapia Pekasam Goreng Halia?

BAHAN-BAHAN

  • 2 ekor ikan tilapia pekasam 
  • 2 inci halia (Dihiris)
  • 2 biji cili merah (Dihiris)
  • 2 biji cili hijau (Dihiris)
  • 1 labu bawang besar (Dihiris)
  • 1 cawan minyak masak 
CARA PENYEDIAAN
    1. Panaskan minyak dan gorengkan ikan pekasam dengan api perlahan sehingga garing. 
    2. Angkat dan letakkan ke dalam pinggan hidang. 
    3. Asingkan separuh minyak dan tumiskan bahan yang dihiris sehingga naik bau. 
    4. Tuangkan tumisan ke atas ikan dan sedia dihidangkan dengan nasi putih.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.