Project Description

Sesuai dimakan bila-bila masa dan di mana jua.

Selamat Mencuba!!!

-Secret Barn Team-

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Barat

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sup Krim Cendawan

Sesuai dimakan bila-bila masa dan di mana jua.

Selamat Mencuba!!!

-Secret Barn Team-

BAHAN-BAHAN

  • 2 sudu besar Secret Barn’s Gluten Free Banana Flour
  • 1/2 cawan mentega
  • 2 labu besar Bawang Holland – dihiris
  • 2 ulas bawang putih -dicincang
  • 1 cwn Cendawan (cendawan butang/cendawan tiram/ cendawan jerami) – dihiris
  • 1 cawan susu (low fat / full cream)
  • 1 cawan air /air rebusan ayam / air rebusan sayur-sayuran (vegetable stock for vegetarian)
  • Garam secukup rasa
  • Lada sulah secukup rasa
  • Fresh parsley /dried parsley
CARA PENYEDIAAN
  • Dengan menggunakan api yang perlahan,panaskan periuk/kuali, cairkan mentega sehingga bertukar menjadi minyak. Masukkan bawang Holland,bawang putih yang dicincang dan hirisan cendawan.Masak sehingga bahan-bahan menjadi layu dan naik bau yang harum di dapur anda. Biarkan sehingga mendidih
  • Masukkan air/air rebusan ayam/rebusan sayur serta susu.Kacau sehingga mendidih.
  • Sediakan blender.Kisar bahan-bahan yang telah dimasak tadi sehingga halus.Masukkan bahan yang telah dikisar tadi ke dalam periuk/kuali yang telah digunakan tadi.
  • Panaskan api,dengan api yang perlahan kacau bahan dengan perlahan.
  • Larutkan Secret Barn’s Gluten Free Banana Flour dengan sedikit air. Gluten Free Banana Flour berfungsi untuk memekatkan sup krim cendawan itu nanti.Masukkan ke dalam bahan-bahan tadi.Kacau sehingga mendidih.
  • Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa.Taburkan fresh parsley atau dried parsley di atas sup krim cendawan itu tadi.Hidangkan sementara masih panas.
  • Sup Krim Cendawan ini boleh dihidangkan panas bersama Garlic Bread,Roti Keras,Biskut Kering,Makaroni,Spaghetti dan lain-lain.
  • **Boleh juga masukkan isi ayam,daging,udang dan lain-lain**
  • Sesuai dimakan bila-bila masa dan di mana jua.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.