Project Description

Bagaimana cara nak masak Stew Kambing?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Stew Kambing

Bagaimana cara nak masak Stew Kambing?

BAHAN-BAHAN

    Bahan A
  • ½ kg daging kambing (Dibasuh dan tuskan) 
  • 1 inci halia (Diketuk) 
  • 1 sudu makan lada hitam (Ditumbuk) 
  • 1 inci kulit kayu manis 
  • 3 kuntum bunga lawang 
  • 3 biji buah pelaga 
  • 5 kuntum bunga cengkih 
  • Air secukupnya
  • Bahan B
  • 3 biji bawang merah (Dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (Dihiris)
  • 4 biji kentang (Dipotong 4) 
  • 1 batang lobak merah (Dipotong kecil) 
  • 2 labu bawang besar (Dibelah 4) 
  • 2 sudu makan tepung jagung 
    (Dibancuh dengan 2 sudu makan air) 
  • 1 tangkai daun sup 
    (Dipotong pendek) 
  • 1 biji tomato (Dibelah 6) 
  • 2 sudu makan minyak masak 
  • Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
    1. Masukkan semua bahan A ke dalam periuk, kemudian masak sehingga mendidih dan daging lembut. 
    2. Di dalam kuali lain, panaskan minyak kemudian tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga wangi. Ketepikan. 
    3. Masukkan kentang, lobak merah, garam, bawang besar ke dalam periuk rebusan tadi. Masak lagi sehingga kentang dan lobak merah lembut. 
    4. Masukkan bawang yang ditumis tadi. Kacau rata. 
    5. Masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau rata. 
    6. Taburkan daun sup dan tomato. Sedia dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.