Project Description

Bagaimana cara nak masak Sepat Masin Goreng Cili Api?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sepat Masin Goreng Cili Api

Bagaimana cara nak masak Sepat Masin Goreng Cili Api?

BAHAN-BAHAN

  • 3 ekor ikan sepat masin (Dibersihkan) 
  • 1 labu bawang besar (Dihiris kasar)
  • 5 biji bawang merah (Dihiris kasar)
  • 10 biji cili api (Dihiris kasar)
  • 3 biji limau kesturi (Dibelah 2) 
  • ½ cawan minyak masak 
CARA PENYEDIAAN
    1. Panaskan minyak dan gorengkan ikan sepat masin sehingga garing. 
    2. Angkat ikan dan letakkan ke dalam pinggan hidangan. 
    3. Asingkan sedikit minyak dan tumiskan bahan yang dihiris sehingga garing. 
    4. Angkat dan tuangkan tumisan ke atas ikan tadi. 
    5. Perahkan limau kesturi dan sedia dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.