Project Description

Bagaimana cara nak masak Sambal Udang Bersama Terung Pipit?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sambal Udang Bersama Terung Pipit

Bagaimana cara nak masak Sambal Udang Bersama Terung Pipit?

BAHAN-BAHAN

  • 500 g udang (Saiz sederhana) 
  • 20 tangkai cili kering 
  • 10 biji bawang merah 
  • 2 ulas bawang putih 
  • (Cili kering, bawang merah, bawang putih dikisar bersama)
  • ½ cawan air (Dibancuh bersama asam jawa)
  • 1 sudu makan asam jawa 
  • 30 biji terung pipit 
  • 1 labu bawang besar (Dipotong gelang) 
  • 3 sudu makan minyak masak 
  • 1 sudu teh gula 
  • Garam secukup rasa 
CARA PENYEDIAAN
    1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga pecah minyak. 
    2. Masukkan air asam jawa. Kacau rata dan biarkan sehingga pecah minyak. 
    3. Masukkan udang, terung pipit , bawang besar, gula, dan garam. Masak sehingga pekat dengan api yang perlahan. 
    4. Tutup api dan masukkan ke dalam mangkuk hidangan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.