Project Description

Bagaimana cara nak masak Sambal Ikan Tongkol?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sambal Ikan Tongkol

Bagaimana cara nak masak Sambal Ikan Tongkol?

BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor ikan tongkol (Ikan aye) 
  • 4 keping asam gelugur 
  • 2 cawan air 
  • 20 tangkai cili kering 
  • 10 biji bawang merah 
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci belacan 
  • (Cili kering, bawang merah, bawang putih, belacan dikisar bersama)
  • 1 sudu makan asam jawa (Dibancuh dengan air rebusan ikan) 
  • 1 labu bawang besar (Dimayang kasar) 
  • 1 sudu makan gula 
  • ½ cawan minyak masak 
  • Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
    1. Potong empat ikan tongkol dan basuh. Tuskan airnya. 
    2. Rebus ikan tongkol dengan asam gelugur, air, dan garam di dalam periuk sehingga mendidih. 
    3. Tuskan ikan tongkol dan goreng. 
    4. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi. Kacau rata. 
    5. Masukkan gula dan air asam jawa. 
    6. Masukkan ikan dan bawang besar. Masakkan sehingga agak pekat. 
    7. Hidangkan bersama nasi lemak ataupun nasi putih dan sayur masak lemak.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.