Project Description

Bagaimana cara nak masak Salad Daging Thai?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Salad Daging Thai

Bagaimana cara nak masak Salad Daging Thai?

BAHAN-BAHAN

    Bahan A
  • 300 g daging (Jenis steak) 
  • Sedikit suun  (Direndam sehingga lembut) 
  • 2 biji tomato (Dihiris kasar) 
  • 1 biji limau nipis (Diambil jusnya) 
  • 3 sudu makan sos cili thai 
  • 1 pokok daun ketumbar  (Dicencang) 
  • ½ sudu teh lada hitam 
  • 1 sudu makan minyak bijan 
  • Garam secukup rasa
  • Bahan B (Dihiris halus)
  • ¼ biji kubis manis            
  • 2 batang serai                
  • 4 helai daun limau purut 
  • 3 biji bawang merah       
  • 3 biji cili api merah
CARA PENYEDIAAN
    1. Daging dihiris nipis dan kecil. Lumurkan daging dengan sedikit garam, lada hitam dan minyak bijan. 
    2. Panaskan kuali non-stick dan masakkan daging anggaran 7-8 minit sambil sentiasa terbalikkan supaya kedua-dua belah daging masak. 
    3. Celurkan suun dengan air panas dan tuskan. 
    4. Masukkan daging, suun, tomato dan bahan B ke dalam mangkuk besar. 
    5. Gaul rata jus limau nipis, sos cili thai, daun ketumbar dan garam. 
    6. Tuang ke dalam mangkuk daging tadi dan gaul perlahan-lahan. Hidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.