Project Description

Bagaimana cara nak masak Puding Kacang Merah?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Pencuci Mulut / Minuman

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Puding Kacang Merah

Bagaimana cara nak masak Puding Kacang Merah?

BAHAN-BAHAN

  • 10 gram serbuk agar-agar 
  • 1 cawan gula pasir 
  • 4 cawan air 
  • 1 tin susu cair 
  • 1 cawan tepung kastard 
  • 1 cawan kacang merah dalam tin
CARA PENYEDIAAN
    1. Masakkan serbuk agar-agar, gula, dan air sehingga mendidih. 
    2. Kacau sebati susu cair dan tepung kastard. 
    3. Masukkan campuran ke dalam periuk agar-agar dan kacau lagi. 
    4. Asingkan 1/3 bahagian agar-agar ke dalam mangkuk. Ketepikan. 
    5. Masukkan kacang merah ke dalam sebahagian adunan agar-agar dan 
      kacau rata. 
    6. Tuangkan adunan putih ke dalam acuan. Biarkan sejuk dan agak keras. 
    7. Tuangkan perlahan-lahan adunan yang bercampur dengan kacang merah ke atas adunan putih. Sejukkan. 
    8. Sedia dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.