Project Description

Bagaimana cara nak masak Pengat Ubi Kayu Manis?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Pencuci Mulut / Minuman

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Pengat Ubi Kayu Manis

Bagaimana cara nak masak Pengat Ubi Kayu Manis?

BAHAN-BAHAN

    Bahan A
  • 1 kg ubi kayu (Dikupas kulit dan dipotong kecil)
  • 2 helai daun pandan (Dikoyak dan disimpul) 
  • Garam secukup rasa 
  • 2 cawan santan pekat (1 biji kelapa)
  • Bahan B (Air gula)
  • ½ cawan gula pasir 
  • 3 sudu makan gula merah 
  • ½ cawan air
CARA PENYEDIAAN
    1. Rebuskan ubi kayu. Apabila sudah empuk, buangkan air rebusan dan ketepikan. 
    2. Masakkan bahan B sehingga mendidih dan tapiskan. 
    3. Masukkan ubi kayu yang sudah direbus, daun pandan, bahan B yang sudah dimasak, dan garam ke dalam periuk dan masakkan sehingga mendidih. 
    4. Masukkan santan dan biarkan mendidih sambil kacau dengan api yang perlahan. 
    5. Sedia dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.