Project Description

Bagaimana cara nak masak Kuih Bingka Kentang?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Pencuci Mulut / Minuman

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kuih Bingka Kentang

Bagaimana cara nak masak Kuih Bingka Kentang?

BAHAN-BAHAN

  • 5 biji ubi kentang (Saiz sederhana) 
  • 2 cawan santan 
  • 2 cawan air 
  • 1 cawan tepung gandum 
  • 1 cawan gula 
  • 3 sudu makan mentega 
  • 3 biji telur 
  • ½ sudu teh pewarna kuning 
  • ½ sudu teh esen vanila 
  • 2 sudu makan bijan (Digoreng tanpa minyak) 
  • Sedikit garam 
  • Sedikit minyak masak
CARA PENYEDIAAN
    1. Rebus kentang dengan air dan sedikit garam sehingga empuk. Tuskan airnya. 
    2. Masukkan kentang dan santan ke dalam mesin pengisar. Adunkan sehingga sebati. 
    3. Masukkan semua bahan lain kecuali bijan dan minyak masak ke dalam mangkuk dan tuangkan bahan yang dikisar. Adun sehingga sebati. 
    4. Panaskan oven pada suhu 170ºC. Sapukan minyak di sekeliling loyang bersaiz 7 x 7 inci. 
    5. Tuangkan adunan tadi dan taburkan bijan di atasnya. 
    6. Bakar selama 60 minit ataupun sehingga masak. 
    7. Biarkan kuih betul-betul sejuk dan potong. Sedia dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.