Project Description

Hidangan Sajian dari Arab, Keema Kambing menjadikan hidangan lauk untuk dimakan bersama keluarga.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Arab

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

15 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Keema Kambing

Hidangan Sajian dari Arab, Keema Kambing menjadikan hidangan lauk untuk dimakan bersama keluarga.

BAHAN-BAHAN
  • ½ kg daging kambing

  • 3 sudu makan serbuk ketumbar

  • 3 biji bawang merah (Dihiris)

  • 3 ulas bawang putih (Dihiris)

  • 2 inci halia (Dihiris)

  • 1 labu bawang besar (Dipotong dadu)

  • 2 pokok daun ketumbar (Diracik)

  • 3 biji tomato (Dipotong dadu)

  • 2 biji kentang (Dipotong dadu)

  • 1 tin kecil kacang pis

  • 2 cawan santan

  • 3 sudu makan minyak masak

  • Air secukupnya

  • Garam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN
  • Potong kecil daging kambing. Basuh kemudian tuskan.

  • Perap daging dengan serbuk ketumbar seketika.

  • Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan yang dihiris dan

    bawang besar besar sehingga wangi.

  • Masukkan daging yang diperap dan daun ketumbar. Kemudian kacau rata.

  • Masukkan tomato dan air. Masakkan sehingga daging lembut.

  • Masukkan kentang, kacang pis, garam, dan santan. Masakkan sehingga kentang lembut dan kuah pekat.

  • Sedia dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.