Project Description

Hidangan Sajian dari Arab, Kari Kacang Kuda & Ayam menjadikan hidangan lauk untuk dimakan bersama keluarga.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Arab

TAHAP KESUKARAN

Medium / Intermediate

FAKTA MASAKAN

15 min
PENYEDIAAN

30 min
MASAK

4 orang
HIDANGAN

Kari Kacang Kuda & Ayam

Hidangan Sajian dari Arab,  Kari Kacang Kuda & Ayam menjadikan hidangan lauk untuk dimakan bersama keluarga.

BAHAN-BAHAN
BAHAN A
  • 1 cawan kacang kuda (Direndam selama 7-8 jam)

  • ½ ekor ayam (Dipotong kecil)

  • 3 tangkai daun kari

  • 1 labu bawang besar (Ditumbuk)
  • 5 ulas bawang putih (Ditumbuk)

  • 1 inci halia  (Ditumbuk)

  • 3 sudu makan rempah kari

  • 1 sudu makan cili kisar

  • 4 biji tomato

  • 1 cawan air / Tomato dikisar kasar bersama air
  • 2 keping asam gelugur

  • 5 sudu makan minyak masak

BAHAN B
  • 2 inci kulit kayu manis

  • 3 kuntum bunga lawang

  • 8 kuntum bunga cengkih

  • 3 biji buah pelaga

CARA PENYEDIAAN
  • Rebuskan kacang kuda dengan sedikit garam sehingga lembut. Tuskan.

  • Panaskan minyak masak. Tumiskan bahan B, daun kari, dan bahan-bahan yang ditumbuk sehingga wangi.

  • Masukkan rempah kari dan cili kisar. Kacau rata sehingga pecah minyak.

  • Masukkan ayam dan kacang kuda. Masakkan sehingga ayam dan kacang sebati.

  • Masukkan tomato yang dikisar, asam gelugur, dan garam. Kacau rata.

  • Perlahankan api dan masak sehingga pecah minyak.

  • Sedia dihidangkan.

TIPS

Tiada

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.