Project Description

Bagaimana cara nak masak Kacang Botor Belacan?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kacang Botor Belacan

Bagaimana cara nak masak Kacang Botor Belacan?

BAHAN-BAHAN

  • 12 biji kacang botor (Dihiris) 
  • 3 biji cili merah 
  • 10 biji cili api 
  • 5 biji bawang merah 
  • 3 ulas bawang putih 
  • 1 sudu makan belacan 
  • 2 sudu makan udang kering 
  • (Cili merah, cili api, bawang merah, bawang putih, belacan bersama udang kering ditumbuk)
  • 3 sudu makan minyak masak 
  • Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
    1. Basuh kacang botor dan tuskan. 
    2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga wangi. 
    3. Masukkan kacang botor dan garam. Kacau rata. 
    4. Masakkan sehingga kacang botor separuh layu. 
    5. Masukkan ke dalam pinggan dan sedia dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.