Project Description

Bagaimana cara nak masak Ikan Bakar Tomyam?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ikan Bakar Tomyam

Bagaimana cara nak masak Ikan Bakar Tomyam?

BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor ikan siakap (Dibersih dan dikelar) 
  • 2 biji cili merah 
  • 5 biji cili api 
  • 3 batang serai 
  • 3 biji bawang merah 
  • 2 ulas bawang putih 
    (Semua cili merah, cili api, serai, bawang merah & bawang putih dikisar bersama)
  • 2 sudu makan pes tomyam 
  • 1 biji tomato (Dibelah 6) 
  • 5 helai daun limau purut 
  • 1 sudu makan jus limau nipis 
  • Aluminium foil
CARA PENYEDIAAN
    1. Gaulkan semua bahan yang dikisar dan pes tomyam. Kemudian 
      letakkan di dalam aluminium foil. 
      (Jangan masukkan garam kerana pes tomyam biasanya masin) 
    2. Letakkan ikan, tomato, dan daun limau purut. Bungkus dengan 
      kemas. 
    3. Bakar di dalam kuali di atas dapur dengan api kecil selama 30 minit. 
    4. Perahkan limau semasa menghidang.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.