Project Description

Bagaimana cara nak masak Donut Bergula?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Donut Bergula

Bagaimana cara nak masak Donut Bergula?

BAHAN-BAHAN

  • 3 cawan tepung gandum (Diayak) 
  • ½ cawan gula kastor 
  • 1 peket yis kering (1 sudu makan) 
  • 1 sudu teh garam 
  • 2 sudu makan marjerin 
  • 1 cawan air suam (330 mililiter) 
  • 3 cawan minyak masak 
  • 1 cawan gula kastor 
CARA PENYEDIAAN
    1. Gaulkan tepung gandum, gula kastor, yis, dan garam supaya sama rata. 
    2. Masukkan marjerin dan air perlahan-lahan. Gaul rata sehingga adunan lembut dan tiada tepung melekat pada tangan. 
    3. Perapkan selama 1 jam ataupun sehinga naik sekali ganda. 
    4. Ambil adunan dan canaikan supaya rata. Terapkan dengan acuan donut. 
    5. Biarkan donat naik lagi selama 20 minit. 
    6. Panaskan minyak dan masukkan donut. Perlahankan api. 
    7. Goreng donat sehingga kuning keemasan. 
    8. Angkat dan golekkan dalam gula kastor. 
    9. Sedia dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.