Project Description

Bagaimana cara nak masak Daging Pataya?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Daging Pataya

Bagaimana cara nak masak Daging Pataya?

BAHAN-BAHAN

  • 500 g daging (Dihiris nipis)
  • 3 biji cili merah (Dihiris nipis)
  • 10 biji cili api  
  • 3 biji bawang merah  
  • 3 ulas bawang putih  
  • (Cili api, bawang merah dan bawang putih ditumbuk)
  • 1 biji tomato (Dipotong dadu) 
  • 5 helai daun limau purut 
  • 2 batang serai (Diketuk) 
  • 1 labu bawang besar (Dihiris nipis) 
  • Daun ketumbar (Dipotong pendek) 
  • 1 biji limau nipis (Diambil jusnya) 
  • 2 sudu makan minyak masak
CARA PENYEDIAAN
    1. Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga wangi. 
    2. Masukkan daging, tomato, daun limau purut, serai dan bawang besar. Kacau rata dan tutup api. 
    3. Masukkan jus limau nipis kemudian taburkan daun ketumbar dan cili merah. 
    4. Sedia dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.