Project Description

Ni dia meatballs berisi Mozzarella dan ditabur pula dengan Cheddar, memang wajib cuba!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Barat

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Cheesy Meatballs

Ni dia meatballs berisi Mozzarella dan ditabur pula dengan Cheddar, memang wajib cuba!

BAHAN-BAHAN

  • 500g daging kisar 
  • 1/2 cawan breadcrumbs 
  • 1 sudu besar garam 
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 1 sudu besar mixed herbs 
  • 1 sudu besar bawang putih kisar 
  • 1 biji telur 
  • 2 sudu besar susu segar 
  • Kiub Mozzarella
  • Minyak zaitun 
  • Sos pasta 
  • Cheddar (parut) 
CARA PENYEDIAAN
    1. Pre-heat ketuhar pada suhu 175°C.
    2. Gaul daging kisar bersama breadcrumbs, garam, lada hitam, mixed herbs, bawang putih kisar, telur dan susu segar. 
    3. Bentukkan lebih kurang 2 sudu besar campuran meatball menjadi bola. 
    4. Masukkan kiub Mozarella di tengah bebola.
    5. Sapukan setiap bebola dengan minyak zaitun dan bakar selama 30 minit. 
    6. Sapukan sos pasta dan tabur Cheddar parut ke atas setiap bebola. Bakar selama 3 minit. 
    7. Hidang!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.