Project Description

Bagaimana cara nak masak Ayam Gulai Darat?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam Gulai Darat

Bagaimana cara nak masak Ayam Gulai Darat?

BAHAN-BAHAN

  • 1 kg ayam (Dipotong kecil) 
  • 15 tangkai cili kering 
  • 6 biji bawang merah 
  • 2 ulas bawang putih 
  • 1 inci lengkuas 
  • 1 inci kunyit 
  • (Cili kering, bawang merah, bawang putih, lengkuas dan kunyit dikisar bersama)
  • 3 sudu makan serbuk rempah kari ayam 
  • 1 sudu makan serbuk ketumbar 
  • 2 inci kulit kayu manis 
  • 3 kuntum bunga lawang 
  • 3 cawan santan (1 biji kelapa) 
  • 3 sudu makan kerisik 
  • 3 keping asam gelugur 
  • Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
    1. Campurkan ayam dengan bahan-bahan yang dikisar di dalam kuali. 
    2. Masak sehingga ayam lembut. Masukkan serbuk rempah kari ayam, serbuk ketumbar, kulit kayu manis dan bunga lawang. 
    3. Apabila ayam lembut, masukkan santan, kerisik, garam dan asam gelugur. 
    4. Masakkan lagi dan kacau sehingga pecah minyak. 
    5. Tutup api dan masukkan ke dalam mangkuk.
    6. Sediakan dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.