Project Description

Bagaimana cara nak masak Ayam Golek Pedas?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam Golek Pedas

Bagaimana cara nak masak Ayam Golek Pedas?

BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor ayam (Saiz 1.3 kg hingga 1.6 kg) 
  • 4 biji buah keras 
  • 8 biji bawang merah 
  • 4 ulas bawang putih 
  • 1 inci kunyit 
  • 1 inci halia 
  • 1 inci lengkuas 
  • 20 biji cili api 
  • 7 tangkai cili kering 
  • (Buah keras, bawang merah, bawang putih, kunyit, halia, lengkuas, cili apimdan cili kering dikisar bersama)
  • 3 batang serai (Diketuk) 
  • 5 helai daun limau purut (Dikoyak) 
  • 3 cawan santan 
  • Garam secukup rasa 
  • Minyak masak 
CARA PENYEDIAAN
    1. Bersihkan ayam dan tuskan sehingga kering. 
    2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar dan serai sehingga wangi. 
    3. Masukkan daun limau purut, santan, garam, dan ayam. Masak sehingga mendidih. 
    4. Letakkan ayam ke dalam loyang dan bakar di dalam ketuhar pada suhu 200°C sehingga kuning keemasan (selama 30 minit). 
    5. Masakkan kuah sehingga kelihatan pekat. 
    6. Keluarkan ayam dari ketuhar. Tuangkan kuahnya ke atas ayam. 
    7. Sedia dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.