Project Description

Meriahkan sambutan Hari Merdeka tahun ni dengan agar-agar berinspirasikan Jalur Gemilang ni!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Pencuci Mulut / Minuman

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Agar-Agar Malaysia

Meriahkan sambutan Hari Merdeka tahun ni dengan agar-agar berinspirasikan Jalur Gemilang ni!

BAHAN-BAHAN

    Bahan-bahan: 
    – 5 cawan air
    – Agar-agar
    – 1 cawan gula
    – 1 cawan santan
    – Perisa ros
    – Pewarna merah, biru dan kuning

CARA PENYEDIAAN
    Cara-cara: 
    1. Didihkan air dan masukkan agar-agar.
    2. Masak hingga lembut.
    3. Masukkan gula, santan dan perisa ros, dan kacau hingga sebati.
    4.Bahagikan agar-agar kepada 4 bahagian dan masukkan pewarna merah, kuning dan biru.
    5. Sejukkan agar-agar warna kuning selama 15 minit di dalam loyang.
    6. Dengan menggunakan acuan, tekapkan bentuk bintang dan bulan ke atas agar-agar kuning.
    7. Dalam bekas hidangan, tuangkan selapis agar-agar merah, Sejukkan 15 minit.
    8. Ikuti langkah sama untuk setiap lapisan seterusnya: putih, merah, dan biru.
    9. Letakkan topping agar-agar berbentuk bulan dan bintang.
    10. Siap untuk dihidang!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.