Project Description

Bagaimana cara nak masak Acar Sengkuang?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Acar Sengkuang

Bagaimana cara nak masak Acar Sengkuang?

BAHAN-BAHAN

  • ½ biji sengkuang
    (Dihiris nipis)
  • 5 biji bawang merah
      (Dihiris nipis)
  • 3 ulas bawang putih
      (Dihiris nipis)
  • ½ batang lobak merah  (Dihiris nipis)
  • 2 labu bawang besar
      (Dihiris nipis)
  • 2 biji cili merah
      (Dihiris nipis)
  • 5 biji cili api
      (Dihiris nipis)
  • 1 sudu makan biji sawi
  • 2 sudu makan cuka
  • ½ sudu teh serbuk kunyit
  • 2 sudu makan gula
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu makan bijan (Digoreng tanpa minyak)
CARA PENYEDIAAN
    1. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumiskan biji sawi, bawang merah, dan bawang putih sehingga wangi.
    2. Masukkan cuka, serbuk kunyit, gula, dan garam sehingga mendidih.
    3. Masukkan sengkuang, lobak merah, bawang besar, cili merah, dan cili api. Kacau rata sehingga semuanya sebati.
    4. Apabila siap masukkan ke dalam pinggan.
    5. Taburkan bijan dan hidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.