Puding Marble

Kategori: Resipi Ringkas, Snek
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang

Ambil dari buku resepi kat Malaysia. Tapi tak ingat dah nama bukunya.


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 liter air
  • 10g agar-agar
  • 250g gula
  • 100g tepung kastard
  • 2 sudu kecil serbuk koko

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Masak air bersama agar-agar dan gula hingga larut.
  2. Masukkan tepung kastard yang dibancuh dengan air. Masak hingga gelegak.
  3. Bahagi adunan kepada 2 dan campurkan serbuk koko pada salah satu.
  4. Dalam acuan, tuang adunan berselang-seli untuk dapatkan corak.
  5. Sejukkan dan sedia untuk dimakan. Lebih sedap jika diletak dalam peti ais.

Leave a comment