Bihun Singapore

Kategori: Resipi Ringkas, Kit Makanan
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: Orang

Resepi dari mak i, ia mudah dan menyelerakan


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 bungkus bihun - direndam dulu
  • 300g daging - dipotong kecil2
  • 3-4 keping fish cake
  • sayuran campur - carrot, jangung dan kacang pis
  • 3 sudu makan cuka
  • 6 ulas bawang putih
  • 1 sudu makan lada hitam / lada putih
  • 2 biji tomato - potong nipis jika suka
  • garam dan gula secukupnya
  • cili api- potong nipis + kicap sebagai sos

Cara menyediakan dan memasak:

  1. lada hitam ditumbuk halus bersama dengan bawang putih
  2. panaskan minyak, goreng daging hingga lembut, bubuh air jika masih liat
  3. masukkan fish cake, dan goreng lagi. Kemudian masukkan lada dan bawng putih, goreng hingga naik bau, boleh di tambah sedikit air untuk melembutkan bihun nanti. Kemudian masukkan cuka
  4. Kemudian masukkan pula sayuran campur tadi, gaul sekejap. Masukkan gula dan garam
  5. Masukkan bihun, gaulkan hingga bihun masak
  6. Apabila bihun masak, tabur tomato, gaul sekejap dan tutup api. Saya tak bubuh tomato sebab anak dan hb tak suka
  7. Sedia dihidang bersama sos kicap (sambal kicap)

Leave a comment