Sambal Tumis Udang & Petai

Kategori: Resipi Ringkas, Kit Makanan
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: Orang

Senang je nak buat ni, tapi saje nak tayang bagi terliur... Rugi orang Melayu yg tak makan petai... hehe my hb pun tak makan...


Bahan-bahan diperlukan:

  • Lebih kurang 300g Udang (ikut suka nak guna saiz kecil/besar)
  • 1-3 keping petai - di kopek
  • 4-5 ulas bawang merah kecil
  • 6-7 sudu besar cili kering mesin - bubuh lebih kalau nak lebih sambal/kuah
  • Seketul kecil belacan
  • Sedikit asam jawa
  • 1/2 - 1 biji bawang besar - hiris tebal membulat
  • Garam, gula, pak aji pun boleh

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Tumbuk bawang & belacan hingga lumat. Campurkan dgn cili mesin. Panaskan minyak & tumis sehingga betul2 garing & wangi.
  2. Masukkan petai, udang, bawang besar, garam & gula secukup rasa. (Sape2 yg suka, boleh masukkan Pak Aji sikit). Kacau sehingga layu sedikit. Masukkan air asam jawa. Biar sebentar sehingga petai betul2 masak.
  3. Hidangkan dgn nasi panas. Along minat bila ada ikan goreng sekali. Fiuh... meleleh air liur....

Leave a comment