Laksa penang

Kategori: Resipi Ringkas, Kit Makanan
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: Orang

sangat simple tapi sedap tak terkata


Bahan-bahan diperlukan:

  • sebungkus laksa direbus dan toskan
  • 1kg ikan kembung/ selayang
  • 2 liter air
  • 3 biji bawang merah
  • belacan sebesar ibu jari
  • 6 sudu besar cili boh (lebihkan kalau nak pedas)
  • 4 keping asam keping
  • 1 bunga kantan dibelah dua
  • seikat daun kesum
  • secubit garam
  • sedikit minyak untuk tumis
  • ulam: timun, bawang besar, cili merah, telur dsb

Cara menyediakan dan memasak:

  1. rebuskan ikan dengan 2liter air.
  2. asingkan isi ikan dan kisarkan bersama sedikit air rebusan yg ditapis, belacan dan bawang..
  3. panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan cili boh..kemudian masukkan bahan kisaran tadi..
  4. sementara itu, kisarkan sisa tulang bersama baki air rebusan ikan, tapis dan tuangkan tapisan air rebusan ikan dalam periuk..
  5. masukkan bunga kantan, daun kesum, asam keping dan masak sehingga pekat..perasakan dengan garam..kecilkan api dan biarkan masak hingga kuah pekat..
  6. setelah masak, hidangkan bersama laksa yg telah direbus dan ulam..
  7. terima kasih sebab sudi membaca..harap sudi mencuba dan komen juga ok..senang2 follow my blog herdiaryoflife.blogspot.com

Leave a comment