Peach Cobbler

Kategori: Nusantara, Masakan Indonesia
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: Orang

Diadaptasi dari buku Hlovate 5 Tahun 5 Bulan :) gambar adalah daripada cik google. :)


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan gula halus
  • 1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/3 cawan mentega
  • 1 cawan susu segar
  • 1 tin buah Peach
  • 1 sudu kecil serbuk kayu manis (cinnamon)
  • 3 sudu besar gula

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Cairkan mentega dalam ketuhar dengan suhu 190c.Gunakan bekas kaserol 13cm x 9cm x 2cm.
  2. Adun tepung, gula halus dan soda bikarbonat dalam bekas berasingan.
  3. Masukkan susu segar pada adunan kering dan gaul sebati hingga tidak berketul-ketul.
  4. Tuang adunan tepung tersebut ke dalam bekas kaserol yang berisi mentega cair tadi.
  5. Siramkan jus Peach di atas adunan.
  6. Susun Peach ke atas adunan.
  7. Taburkan serbuk kayu manis dan gula.
  8. Bakar dalam oven pada suhu 175c-190c selama 45 minit - 1 jam atau hingga perang keemasan. Boleh dihidangkan dengan ais krim vanilla.

Leave a comment