Peach Muffin

Kategori: Nusantara, Masakan Indonesia
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: Orang

Sesuai dihidang pada bila-bila masa..


Bahan-bahan diperlukan:

  • 250g tepung gandum
  • 150ml minyak masak
  • 150ml susu cair
  • 100g isi buah peach,potong kecil-kecil
  • 4 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh garam halus
  • 2 biji telur gred A,pukul guna garpu selama 1 minit
  • 150g hula kastor

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Satukan gula,susu cair,garam,minyak dan telur dalam mangkuk.Gaul rata.
  2. Ayak tepung dan baking powder ke dalam adunan tadi.Kaup balikkan hingga rata (jgn terlebih kacau,nanti muffin keras).
  3. Masukkan ke dalam acuan muffin 3/4 penuh.Kemudian letakkan 1 sudu kecil potongan buah peach.
  4. Bakar dalam ketuhar selama 25 minit pada suhu 170'C.
  5. Pesan:Jika suka,taburkan parutan keju cheddar di permukaan muffin baru bakar.
  6. Selamat mencuba dan selamat menikmati muffin yang enak..terima kasih.

Leave a comment