buttercream

Kategori: Asian, Masakan Jepun
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: Orang

belajar dari youtube.modified sikit2 ...nak ambil kelas..belum ade masa yg sesuai..maklumlah careerwoman, bila dah jadi suka sgt..skarang siap ambil tempahan kwn2 birthday..


Bahan-bahan diperlukan:

  • 2 cwn krimwell (boleh beli di kedai bhn2 kek, tapi klu takde..guna shortening @ lemak sayuran yg boleh dpt disemua pasaraya) beza dia krimwell ni bau dia harum ..shortening x de bau..
  • 1 cwn mentega
  • 450 gram icing sugar
  • 1 sk esen vanila
  • 1/2 cwn susu segar (klu tak de..guna susu cair)
  • pewarna (ikut citarasa nak buat warna apa)

Cara menyediakan dan memasak:

  1. satukan krimwell (shortening pun ok) dan mentega. Putar dengan keljuan yang tinggi hingga gebu dan warna bertukar keputihan.
  2. Tambah gula icing sedikit2 dan putar lagi dgn kelajuan tinggi hingga gebu dan keputihan. habiskan gula icing. klu x suka manis sgt boleh kurangkan sikit je.
  3. tambah esen vanila. Putar lagi.
  4. Tambah susu segar (susu cair pun boleh) sedikit2(jgn habiskan). Putar lagi (5 min) pastikan gula icing dah sebati dgn jari. berhenti. asingkan 1/4 atau lebih bergantung kpd byk mana hiasan anda nk guna.
  5. Tuang baki susu sedikit2 hingga habis dan putar lagi utk topping keseluruhan kek. tambah pewarna yang diperlukan. utk kek pink saya tu saya letak 1 sk pewarna pink. Putar lagi hingga warna sebati.
  6. Untuk hiasan lain. ambil 1/4 putaran yang diasingkan tadi. bahagikan kpd beberapa bhgian. utk kek pink saya, saya bahagikan pada 3 bhg, light red (roses), green (daun) dan purple (utk tulisan)
  7. Ambil base icing utk keseluruhan kek, sapukan icing menggunakan pisau atau spatula yg sesuai.Utk topping yang lebih licin dan berkilat, slps selesai menyapukan dan meratakan icing keseluruh permukaan kek. Celup pisau atau spatula yg digunakan dgn air panas dan ratakan keseluruhan permukaan cream dgn cermat.
  8. Untuk hiasan di atas kek, gunakan nozel yang sesuai utk rose petal dan daun. Ikut kreativiti anda.Apa2 jua hiasan pun boleh..yg penting anda dan keluarga suka. tak perlu lagi pergi ke bakery utk tempah birthday kek..jimat duit..klau yg kreatif bole jana pndapatan sampingan.
  9. Selamat mencuba yer.

Leave a comment