Sekiranya anda biasa makan di restoran cina muslim, mesti anda familiar dengan menu ini iaitu goong sarong. Menu ini sangat sedap dimakan begitu sahaja dan kalau di restoran harganya mungkin agak mahal sedikit. Jadi, anda tidak perlu lagi membazirkan duit kerana anda boleh buat menu ini hanya di rumah. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh ha.lim39 di Cookpad.
PENULIS
najahnurul
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN

GOONG SARONG (UDANG BALUT)
Sekiranya anda biasa makan di restoran cina muslim, mesti anda familiar dengan menu ini iaitu goong sarong. Menu ini sangat sedap dimakan begitu sahaja dan kalau di restoran harganya mungkin agak mahal sedikit. Jadi, anda tidak perlu lagi membazirkan duit kerana anda boleh buat menu ini hanya di rumah. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh ha.lim39 di Cookpad.
BAHAN-BAHAN
14 ekor udang sederhana besar
Secubit garam gunung Saji
1/4 sudu serbuk lada sulah
1/2 sudu serbuk bawang putih (garlic)
3/4 keping mihun
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
Sos cili thai secukupnya
CARA PENYEDIAAN
Buang kepala dan kulit udang. Tinggalkan separuh kulit di bahagian ekor. Cuci bersih, tos dan ketepikan.
Rendam mihun dalam air dalam 5-7 minit atau sehingga lembut. Bilas, toskan airnya dan ketepikan.
Gaul hingga rata udang dengan garam gunung, serbuk lada sulah dan serbuk bawang putih. Perap dalam 10 minit.
Balut setiap ekor udang dengan mihun tadi. Mulakan membalut di bahagian tengah udang. Buat sampai habis.
Panaskan minyak masak, goreng udang dan balut sehingga kekuningan atau garing di kedua bahagian. Hidangkan dengan sos cili Thai.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.