Siapa kata sos black pepper korang masak tak sedap dan tak ada rasa kalau tidak menggunakan kiub ayam? Salah tu! Sebenarnya, korang masih boleh sediakan sos black pepper yang sedap dan menyelerakan walaupun tak ada kiub ayam. Haaa nak tahu apa rahsianya? Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Aishah di Cookpad!

PENULIS

najahnurul

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Mudah

FAKTA MASAKAN

15 min
PENYEDIAAN

4-8 orang
HIDANGAN

SOS BLACK PEPPER TANPA KIUB AYAM

Siapa kata sos black pepper korang masak tak sedap dan tak ada rasa kalau tidak menggunakan kiub ayam? Salah tu! Sebenarnya, korang masih boleh sediakan sos black pepper yang sedap dan menyelerakan walaupun tak ada kiub ayam. Haaa nak tahu apa rahsianya? Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Aishah di Cookpad!

BAHAN-BAHAN
  • 5 sudu besar ayam kisar atau daging kisar

  • 1  bawang merah

  • 5-10 sudu besar kicap (mengikut cita rasa)

  • 2 sudu besar sos tiram

  • 3 sudu besar tepung gandum dicampur dengan sedikit air

  • Air secukupnya atau 200 ml (anggaran)

  • Garam sedikit

  • Serbuk lada hitam

Kredit: Aishah

CARA PENYEDIAAN
  • Sediakan bahan-bahan, cincang bawang merah dan ayam.

  • Tumis ayam dan bawang merah menggunakan minyak atau mentega.

  • Masukkan air, tepung gandum, serbuk lada hitam, kicap, sos tiram dan masak sehingga pekat.

  • Kisar sos sehingga ayam dan bawang hancur. Masukkan sekali 1 sudu tepung gandum untuk dikisar sekali.

  • Masak semula sos tersebut sehingga pekat. Kalau kurang gelap boleh tambah kicap.

  • Sedia untuk disajikan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.