puding lapis mangga

Buat Puding Lapis Mangga letak dalam bekas kecil-kecil macam ini memang puas nak makan. Nak pula dapat simpan dalam peti sejuk banyak-banyak. Memang sedap tekak dibuatnya!

Baca juga: Blueberry Cream Cheese Danish Cara Mr. Ali, Hanya Guna 6 Bahan Je

Resipi pencuci mulut dari Mr. Ali ini pasti ramai tak asing lagi kerana beliau memang tak lokek ilmu untuk berkongsi resipi yang sedap dan mudah untuk dicuba.

Jom kita lihat cara-cara penyediaannya di bawah.


RESIPI PUDING LAPIS MANGGA

puding lapis mangga

Bahan lapisan pertama:

Bahan lapisan kedua:

  • Puree: Kisar 200g mangga + 1 cawan air + 1 sudu makan sunquick oren
  • 5g serbuk agar agar
  • 3 cawan air
  • 2 setengah sudu makan gula

Cara penyediaan lapisan pertama:

1. Masukkan bahan lapisan pertama, sebatikan dulu baru hidup api perlahan dan kacau sampai mendidih.

2. Bila sudah mendidih, matikan api dan kacau sekejap.

3. Tuang kedalam bekas, pastikan adunan dah suam baru tuang jika buat dalam bekas plastik.

4. Sejukkan kira-kira satu jam dalam peti sejuk.

Cara penyediaan lapisan kedua:

1. Masukan kesemua bahan kedua, sebatikan baru hidupkan api perlahan.

2. Kacau sampai mendidih dan matikan api.

3. Bagi suam baru tuang dalam bekas plastik. Kalau pakai loyang jangan lupa cucuk-cucuk dulu atas lapisan pertama.

4. Sejukkan kira-kira 2-3 jam dalam peti sejuk.

Cara penyediaan topping:

1. Beat 50 dairy whipping cream + 1 sudu makan gula icing. Beat separuh kental dan pipe atas puding buat corak telur.

2. Kalau pakai fresh cream beat saja dan tak perlu tambah gula.

3. Letakkan mangga kiub atas corak tadi dan sejukkan selama sejam.

4. Siap dan boleh makan. Puding tahan 5 hari dalam peti sejuk.


Selamat mencuba resipi Puding Lapis Mangga cara Mr. Ali ini.

Baca juga: Roti Puding Kayangan, Guna 3 Bahan Je, Makan Dengan Sos Creamy Memang Sedap!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN