Siapa pernah cuba resipi Popia Inti Carbonara? Nampak menarik sangat. Berbeza dengan kuih popia inti sayur yang biasa kita buat, inti popia carbonara ini memang creamy. Rangup diluar dan lembut berkrim di dalam.
Inti carbonara ini boleh di masak menggunakan isi ayam yang di cincang atau ayam cincang yang ready kat pasaraya. Tambah crab stick, cendawan dan beberapa jenis sayur seperti lada benggala dan lobak merah.
Baca juga: Kulit Popia Keras Dan Kering? Ini Petua Nak Lembutkan Balik
Sama saja bahan untuk masak spaghetti carbonara. Resipi ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Noor Liyana.
Resipi ini memang sesuai sangat untuk anda yang suka makan popia. Sekali-sekala tukar selera apa salahnya. Jom tengok cara-cara hendak menyediakannya.
Bahan-bahan:
(bahan * ini dicincang halus)
Cara-cara penyediaan:
1. Panaskan minyak dan butter. Letak minyak sikit untuk elakkan butter dari hangus.
2. Kemudian tumis halia, bawang putih dan bawang merah.
3. Bila bawang dah layu sikit, masukkan isi ayam dan cendawan. Masak sekejap. Masukkan juga chicken stock.
4. Kemudian letak tepung dalam 3 sudu. Tujuan pakai tepung untuk pekatkan kuah.
5. Kemudian masukkan susu. Tambah air sikit dlm setengah cawan.
6. Bila kuah dah agak pekat sikit, masukkan sayur-sayuran.
7. Masak sekejap. letak black pepper, garam dan perasa.
8. Sebelum tutup api baru masukkan crab stick. Tujuan masukkn lambat sebab taknak ia hancur sebab lama masak.
9. Tunggu ia sedikit sejuk, baru balut didalam kulit popia.
Selamat mencuba resipi popia carbonara ini.
Sumber: Noor Liyana
Baca juga: Popia Basah ‘Step By Step’ Yang Lengkap, Gerenti Keluarga Berhantu Nak Makan!
Orang yang duduk di kampung suka bela ayam sendiri untuk dimasak, tapi isi dan tulangnya…
Apabila cuaca panas di luar dan tekak rasa dahaga, terus terbayang pencuci mulut yang sedap…
Hari ini nak makan mi segera yang sedap, tapi kenalah buat versi luar biasa. Oleh…
Inspirasi dari resipi pencuci mulut berasaskan labu yang kerap muncul di media sosial musim luruh…
Laksa goreng Penang adalah hidangan yang menggabungkan rasa klasik laksa dengan teknik goreng ala masakan…
Sesiapa yang baru kali pertama dengar tentang Ayam Masak Burma dan belum pernah membuatnya sebelum…