piza parang

Pernah tengok piza kena potong dengan parang? Hanya ada di Malaysia saja tau! Orang kita ini emmang kreatif kalau bab makanan dan semestinya sedap.

Nak pula kalau sebut tentang tempat makan di Melaka, mana yang tak sedap atau tak viral sampai orang kena beratur panjang setiap kali nak menjamu selera?

Itulah penangan Melaka yang terkenal sebagai salah satu destinasi jalan-jalan cari makan yang sering menjadi tumpuan pelancong tempatan dan antarabangsa.

Baca juga: Jom Food Hunting Di 7 Tempat Makan Popular Di Melaka

Terbaharu korang tahu tak yang Melaka kini sedang ‘diserbu’ dek kerana ‘Piza Parang’!

Video Penuh:

@ownertengahhealing2022

Parang bukan sebarang parang 🤣 Pizza parang Melaka , paya rumput 📍Grass street kitchen

♬ Parado no Bailão – MC L da Vinte & MC Gury

Kalau korang nak tahu ‘Piza Parang’ ini sebenarnya adalah sebuah tempat makan di mana piza yang dihidang akan dipotong menggunakan sebilah parang panjang oleh pekerjanya yang memakai topeng lanun.

Tempat makan menarik itu adalah “Grass Stream Kitchen” yang terletak di KM14, Jalan Kg Paya Rumput, Melaka.

Grass Stream Kitchen yang mengetengahkan konsep ‘The Best Pizza In Town’ menjadi viral apabila seorang pengguna TikTok @ownertengahhealing2022 telah berkongsi sebuah video yang memaparkan aksi pekerja kedai tersebut yang bertindak mendebarkan membawa piza dan parang panjang sebelum dilihat memotong piza berkenaan di hadapan pelanggan.

Aksi pekerja tersebut yang dilihat santai serta bersahaja ketika memotong piza telah meraih perhatian netizen terutama penggemar hidangan barat itu.

Lebih membuatkan ramai terhibur dengan video berkenaan adalah apabila pekerja berkenaan berseloroh mengatakan jika pelanggan tidak bayar mereka pasti akan dikejar dengan parang.

Antara komen netizen:

Sumber: Rileklah.com

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN