PENULIS

najahnurul

KATEGORI

Tips & Petua

POSTED ON

2021-02-15

Kadang-kadang tu selepas masak nasi lemak mesti masih ada baki daun pandan kan? Sebab kebiasaannya daun pandan yang digunakan dalam menu masakan kita hanya sedikit daun pandan sahaja. Jadi, bila dah tak guna terus kita masukkan dalam peti ais, bila dibiarkan lama daun pandan tu tahan beberapa hari je lepastu dia mengering sama jugak seperti sayur-sayur yang lain. Tetapi jangan risau, hari ini kita kongsikan petua simpan daun pandan dan sayur-sayuran di dalam peti ais supaya tahan lama. Jom cuba tips yang dikongsikan oleh Leeina Qaliena di Cookpad!

Kredit : Leeina Qaliena

BAHAN-BAHAN

  • Daun pandan
  • Plastik wrap
  • Tisu dapur

Kredit : Leeina Qaliena

CARA-CARA

  1. Sayur tidak perlu dicuci dengan air cukup sekadar lap dengan tisu untuk buang kotoran terlebih dahulu.
  2. Pastikan sayur di dalam keadaan kering kemudian dibungkus atau di wrapkan dengan plastik wrap berulang kali agar sedikit tebal lalu disimpan di chiller.
  3. Daun pandan di lap bersih menggunakan tisu dapur dan dipotong pangkalnya agar kering dan tiada kotoran.
  4. Disusun berlapis kemudian balutkannya dengan plastik wrap 3 kali balutan, bungkusnya kemas-kemas dan disimpan di chiller selama lebih 3 minggu.
  5. Daun pandan dicuci dan dipotong kecil lalu dikisar bersama air untuk mendapatkan jusnya. Warna jusnya menjadi cantik seolah-olah baru dipetik kerana daun pandan itu masih segar.