perapan bbq

Setiap kali buat perapan BBQ tak kira lauk ayam mahupun kambing, pasti akan jadi hangus dan rasa hangit. Silapnya mungkin pada perapan tersebut yang mungkin guna gula ataupun madu.

Rupanya, letak gula dan madu merupakan kesilapan yang besar! Mungkin ada yang kata, kalau tak letak bahan tersebut perapan BBQ tidak sedap.

Seorang pengguna laman sosial Twitter, Faeez Harith ada berkongsikan resipi bbq yang sedap tanpa perlu letak gula. Jom baca perkongsiannya di bawah.

RESIPI PERAPAN BBQ YANG SEDAP TANPA PERLU GULA

Kelmarin ada kawan² nak buat BBQ, aku perapkan barang-barangnya.

Nak bagitau petua sikit, kalau nak bakar membakar ni jangan perap dengan gula, termasuklah madu. Nanti hangus, rasa hangit tak sedap.

Aku ada resepi yang sedap tanpa perlu gula tapi kalau ramai tanya baru aku kongsi.

Bahan untuk ayam:

  • Serbuk bawang
  • Serbuk bawang putih
  • Lada hitam
  • Daun thyme
  • Garam
  • Jus lemon
  • Hirisan lemon
  • Minyak masak

Cara-cara buat perapan ayam:

  1. Gaul semua, perap semalaman. Bakar tanpa perlu tambah minyak lagi dah.
  2. Sukatan tu agak-agak saja, jangan berlebih sangat. Ayamnya nanti berjus, tak kering.

Bahan untuk kambing:

  • Serbuk halia
  • Serbuk bawang putih
  • Serbuk bawang
  • Serbuk ketumbar
  • Serbuk jintan putih
  • Lada hitam
  • Paprika
  • Garam
  • Sumac
  • Minyak masak

Cara-cara buat perapan kambing:

  1. Gaul dan perap semalaman. Sukatan pun kena agak-agak ikut berat daging.
  2. Sumac jangan lebih nanti masam.

Sumber: Mohammad Faeez Harith (Twitter)

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN