masak agar-agar

Setiap kali nak masak agar-agar, pasti keliru dengan jumlah air yang diperlukan. Kalau kurang air, agar-agar akan keras pula. Kalau terlebih air, agar-agar jadi terlampau lembik.

Oleh sebab itu, kita semua kena tahu sukatan cawan air dan formula yang betul. Baru agar-agar kita akan menjadi elok. Lagi-lagi kalau guna agar-agar jenis tali dan dalam kuantiti yang sedikit.

Jom rujuk tips sukatan agar-agar yang dikongsikan oleh Diana Ana ini.

PETUA MENGIRA SUKATAN AIR UNTUK MASAK AGAR-AGAR

Kiraan asas jumlah AIR vs berat AGAR-AGAR

10gm agar-agar = 1 liter air

Jika anda guna AGAR-AGAR SERBUK:

13gm serbuk agar-agar = 1.3 liter air

Andai guna AGAR-AGAR BERTALI:

  • 25gm agar-agar = 2.5 liter air
  • 30gm agar-agar = 3 liter air

Mudah kan? lepas ni kalau jumpa resipi agar-agar yang suruh main agak je jumlah airnya, petua ini anda boleh guna sebagai panduan. Selamat mencuba!

Kredit: Diana Ana

Kredit gambar: Wan Muhammad Hafiz Satar

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN