batuk berpanjangan

Setiap kali demam, selalunya pasti akan datang ‘pakej’ bersama batuk dan selsema. Biasanya bila dah mula batuk, buat sesetengah orang akan jadi batuk berpanjangan yang susah nak hilang.

Seorang pengguna laman sosial Facebook, Schaaisya Scha ada berkongsikan satu petua untuk mengurangkan batuk yang berlarutan dengan hanya menggunakan 2 bahan.

Petua Hilangkan Batuk Guna Limau Kasturi & Kicap

Just nak share ni la ubat batuk sejak seminggu ni. Demam, batuk, sakit tekak semua ada.

Dulu kalau demam habis je, mesti batuk sambung. Batuk pulak kalau tak berbulan tak sah.

Sejak amal petua ni alhamdulillah. Dengan izin Allah serasi dan cepat sembuh.

Sekarang demam pun dah slow batuk pun sama tak teruk dah. Anak-anak atok depa ibu buat camni semua. Serasi jugak..

Bahan paling senang.

  • Limau kasturi + kicap
  • Selawat

Baca la ayat-ayat mana boleh. Minta diberi kesembuhan Insha Allah. Kita ikhtiar selebihnya dari Allah. Dia turun penyakit, dia juga la turun penawar. Macam2 ubat & petua ada, ikut nak cuba mana dan serasi dengan kita.

Cara-cara:

1. Belah dua limau. Perah-perahkan ke dalam mangkuk.

2. Tuangkan kicap secukupnya.

3. Boleh minum air saja atau makan sekali dengan kulit limau. (buang biji)

Sumber: Schaaisya Scha

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN