Bila ada tetamu datang ke rumah secara mengejut, memang agak kalut memikirkan juadah yang mahu dihidangkan. Tambah lagi jika mahu menggunakan lauk yang masih beku dalam freezer, memang bertambah huru hara.

Haa, ibu-ibu jangan risau sebab ada petua mudah untuk melembutkan lauk-pauk sejuk beku ini. Dalam masa kurang 10 minit, ikan, ayam serta daging akan menjadi lembut dan boleh dimasak.

Petua ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Sharifah Nor Hj Abdullah menerusi grup Masak Apa Hari Ini (MAHN). Jom baca perkongsiannya di bawah.

PETUA DEFROST DAGING SUPAYA CEPAT LEMBUT

Saya cuma nak bagi tip, harap dapat membantu sahabat-sahabat semua. Masa raya ni kadang ada tetamu yang datang mengejut. Nak masak, daging masih keras dalam frezer. Nak defrost ambil masa jugak kan?

Di sini saya bagi tip macam mana nak defrost dengan kadar segera.

Letakkan daging tu di atas dulang besi (jangan buang plastiknya), tindih dengan periuk yang berisi air biasa (jangan isi air panas).

Dalam masa tak sampai setengah jam daging tu akan lembut balik. Cubalah.

Sumber: Sharifah Nor Hj Abdullah

Baca juga: Teknik Rahsia Masak Daging Goreng Kunyit Yang Lembut, Berjus & Tak Liat

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN