petua cuci lala kerang

Kerang, lala dan kepah sangat sedap dimakan. Tapi bila bab nak cuci tu yang membuatkan ramai jadi malas nak memasaknya. Bila dah masak, kerang dan lala pula susah nak dibuka.

Rupanya ada cara yang mudah untuk selesaikan masalah ini. Ada petua yang perlu dipraktikkan jika nak masak kerang, lala, kepah dan hidangan bercengkerang yang lain.

Jika ikut cara di bawah ini, dijamin segala pasir dan selut dari cengkerang akan keluar dan mudah terbuka bila dimasak.

Baca juga: Petua Cuci Siput Sedut Sampai Hilang Segala Lumpur & Lendir, Rasa Pun Jadi Manis!

Tips cuci kerang

Cara mudah nak bersihkan kerang ni, guna tepung dan lada kering.

1. Kalau kerang masih ada selut, bersihkan dulu.

2. Kemudian, rendam kerang dengan tepung gandum dan lada kering (guntingkan). Nanti kerang tu terbuka keluarkan kotoran yang kat dalam.

3. Nak rebus, didihkan dulu air campur serai ketuk, bawang dihiris, lada kering gunting dan garam. Dah mendidih baru masukkan kerang.

4. Cantik hasil kejadiannya, kerang mudah terbuka.

Kredit: Fariza Basar

Tips bersihkan lala

Kalau nak masak lala, kepak dan spesis yang lebih kurang dengannya, rendam dahulu dengan cili kering atau cili burung. Supaya semua pasir yang melekat di

dalamnya keluar habis.

Kredit: Azmira Ismail

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN